Share

Aku sangat bersyukur untuk hari semalam.. Ujian mendatang secara tiba tiba, bak air hujan turun menyembah bumi..

Aku sendiri tidak pernah menyangka Allah berikan aku sinar harapan yang baru di hujung dugaan itu.. Terima kasih ya Tuhan.. Aku bersyukur...

Kau lah yang Maha Mendengar rintihan ku, disaat aku senang dan susah.. Kau tak pernah memberikan dugaan pada hambaMu tanpa sebab.. Aku yakin dugaan yang Kau berikan , adalah untuk aku sedarkan kesilapan aku yang dulu.. Amin Ya Rabb..
15 - Sinar harapan hari esok Full View

Percayalah cakap aku, setiap pasangan inginkan kesempurnaan.. Yang lelaki ingin perempuan yang cantik.. dan yang perempuan semestinya ingin kan yang hensem.. tetapi sejauh mana kesempurnaan menjamin sebuah percintaan??

Tiada guna kalau ada kesempurnaan tapi sukar mencari kejujuran.. Disebabkan kesempurnaan ini lah sukan bagi seseorang untuk berlaku jujur.. Disebabkan kesempurnaan ini juga, ramai yang beratur untuk cucuk sini sana..

Bukan senang mencari seseorang yang jujur.. Ibarat sebutir permata di padang pasir.. Kalau anda bertuah, mungkin anda akan dapat yang jujur, tetapi mungkin tidak sempurna seperti yang anda impikan, atau anda dapat kedua dua nya.. Syukur pada Tuhan... 
14 - Cinta perlukan kejujuran Full View

Saya tak nak menangis kerana awak.. walaupun saya tak dapat menerima perpisahan ini, tetapi itu adalah yang tertulis untuk kita.. buat apa saya nak meratapi??

Sejak berada dalam kandungan ibu, segala ajal maut, rezeki, jodoh telah ditulis oleh Allah.. Cuma kita tidak tahu siapa, bila dan dimana ia akan berlaku.. Saya tak pernah salah kan awak apabila kita berpisah, kerana saya tau awak bukan jodoh..

Jodoh saya masih belum sampai, dan saya masih menunggu siapa Jodoh saya.. terima la dengan redha perpisahan ini..
13 - Jodoh saya telah ditentukan oleh Allah Full View

Ini kisah terjadi bila aku main tetris dan draw my thing.. sebelum ni jarang amat aku main applikasi facebook..dulu ya..tapi sejak lama tak main, tiba tiba aku main draw my thing, terus sekelip mata facebook tukar jadi timeline.. geram je!!..

So sesiapa yang masih lagi tak menggunakan timeline, dan taknak guna timeline jangan la main game kat facebook.. kalau tak habisssss...


Banyak applikasi untuk buang time line.. tengok la request dari friend, mesti ada..tapi sedarlah..awak sorang je tak nampak timeline profile awak..tapi orang lain semua nampak.. tak boleh nak disable secara total..

And you my dear, nampak macam tak bertukar lagi, of course la awak bukan kaki game.. hihihi



12 - Facebook Timeline Full View



ha..tang ni la benda yang selalu terjadi.. Amboi awak, pasangan awak takde awak nak berkira... tapi ngan ibu bapa awak ha, suh bayar nasi pun berkira..

Hish.. bawak bersabar la... Syurga bawah tapak kaki ibu, bukan bawah tapak kaki kekasih.. Bagi seorang lelaki walaupun dah jadi suami, kalau nak masuk syurga tetap dibawah tapak kaki ibu..tapi bagi seorang isteri, syurga di bawah tapak kaki suami..

Jangan lupa, bukan takat suami, ibu bapa semua.. kerana kalau derhaka pada mereka tetap tak leh masuk syurga.. Bukan pada kekasih anda tuh ya... renung renungkan.. bayar nasi ngan family jangan duk berkira.. =)
11 - Berkira dengan ibu bapa Full View



Kuatnya perasaan rindu yang terkandung dalam diri kita, dalam jiwa kita.. Bukan boleh dihalang.. Kadang kadang perkara yang tak terjadi pun kita boleh terasa macam terjadi.. Ini lah di penangan rindu..

Ini biasa berlaku pada pasangan yang tengah ada pergolakan atau telah pun berpisah.. BerSMS setiap masa menjadi igauan apabila tiba tiba, tiada mesej di terima.. Angau pun ya... hehe
10 - Gegaran SMS yang ku terima Full View


Tak semua mencintai dirinya kerana auratnya.. tetapi mencintai diri nya hanya dengan mengambil hatinya tanpa mengira aurat nya..
Biasa kita dengar, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.. 
Lelaki yang sangat perihatin menjaga aurat pasangannya adalah lelaki yang tahu batasnya.. Mencari keredhaan dalam berpasangan dan seterusnya menjaga bakal pemaisuri nya..
Zaman sekarang, paling ketara bukan takat mengambil hatinya, mengambil tangan nya sekali.. Konon nak berjalan beriringan.. =)
9 - Cintai auratnya Full View


Ini yang aku baca dalam sebuah novel, tapi dah lupa novel apa.. Kadang kala kita leka, kadang kala kita mudah berputus asa, kadang kala kita terasa kita dah jatuh dan kita tak mampu untuk bangkit lagi...

Apa guna ada sahabat? Itulah peranan seorang SAHABAT.. selalu ingat mengingati, selau bangunkan kita saat kita jatuh, tolong bagi kita semangat saat kita rasa nak berputus asa..dan selalu ingatkan kita sewaktu kita leka..

Seorang sahabat yang baik tidak akan pernah lupa untuk mengingatkan kita tat kala kita melakukan kesalahan.. 
8 - Kerana kau sahabat Full View

Mak kata.. Sejak kita kecil kita selalu dengar semua ni.. Mak kata, makan nasi sampai habis, jangan biar sebutir pun tak habis.. nanti nasi tuh akan menangis.. 

Ini nasihat yang biasa di gunakan oleh seorang Ibu kepada anaknya.. Kebiasaannya sewaktu anak umur nya masih kecil. Bukan apa, untuk menajar anak supaya bila dah besar tak membazir.. 

Ini didikan yang baik, kerana pada awal usia.. bila dah besar tak dengar kata pula.. bukannya membazir sahaja, malahan boleh dibawa main nasi tuh.. kan?

Tapi bila anak mencecah usia boleh berfikir, nanti ada jawapan yang akan di utarakan seperti " nasi mana ada mata, macam mana dia boleh menangis?" (komentor) =)
7 - Sebutir nasi jangan dibazirkan Full View

Ha.. ini yang selalu berlaku pada diri kita.. yang orang lain kita tengok semua perfect , sampai kita nak jugak... padahal yang kita sendiri lagi perfect.. cuma kita tak sedar. Al maklumla, bila dah kejelesan kan?

Setiap apa yang orang lain miliki kadang kadang menjadi igauan untuk kita juga miliki.. Kau ada aku pun kena ada jugak.. Ini lah kita tak pernah cukup apa yang kita ada, nak juga teringat pada orang lain punya... weee ^-^
6 - Impikan apa yang orang lain ada Full View

Kita tidak pernah sekali menyangka bahawa pergaduhan membawa kepada pembinaan sebuah persahabatan.. Bukan sahaja perhubungan yang baik membawa kepada persahabatan..

Titik pertemuan persahabatan boleh berlaku dalam perbagai cara.. termasuk pergaduhan.. Tidak semua pergaduhan membawa kepada permusuhan, melainkan memang ada titik hitam di dalam hati.. 

Tetapi pergaduhan memberi teladan yang baik pada kedua dua pihak untuk menilai semula apa yang berlaku dan sekaligus membawa kepada sebuah persahabatan..
5 - Pergaduhan dalam persahabatan Full View

Benar, menipu untuk pertama kali akan mebawa kita ke penipuan yang seterusnya.. sebabnya apa bila kita menipu kita akan rasa selamat.. tetapi hanya selamat di dunia.. bukan di akhirat sana..Kadang kadang, menipu boleh memberikan kebaikan pada kita.. Seperti cerita di dalam post ini .. Tetapi itu hanya menipu untuk mengelak kita daripada tergadai.. bukan menipu untuk menindas orang lain..

4 - Punca penipuan berterusan Full View

HOME | ABOUT

Copyright © 2011 Namio Oo Artwork | Powered by BLOGGER | Template by 54BLOGGER